PENGENALAN
Kritis Inovasi Training &
Consultancy bertapak dalam bidang perundingan dan pengendalian program latihan
dan motivasi sejak tahun 2013. Didaftarkan pada di bawah Akta Syarikat 1956
(pindaan 2001) dengan nombor pendaftaran 002292231-M. Syarikat menawarkan portfolio
pembangunan sumber manusia yang lengkap dalam bentuk latihan dan konsultansi
yang pastinya akan menyumbangkan ke arah melahirkan insan yang cemerlang dan
berinovasi yang mampu berdaya saing.
Dengan mempunyai fasilitator dan
jurulatih yang terlatih serta berpengalaman luas dalam bidang latihan dan
motivasi ini kami yakin kami dapat membantu pihak klien dalam mencapai objektif
mereka demi membentuk sahsiah yang cemerlang.
Modul-modul kami adalah modul
dihasilkan oleh kami sendiri yang berkualiti dan dapat memberi impak secara
terus bagi memperkuatkan fungsi minda, jati diri, memantapkan kekuatan fizikal
dan mengimbangi aspek rohani dalam diri bagi mewujudkan generasi yang
berinovasi.
Kami mengutamakan kualiti dalam
setiap program yang kami jalankan dimana kami akan berusaha sehabis baik dalam
memenuhi kehendak pelanggan untuk mencapai matlamat sesuatu program mengikut
kehendak pelanggan. Bagi memastikan kami berjaya meletakkan kualiti yang utama
dalam setiap program kami, kami mengamalkan konsep 3S iaitu sebelum, semasa dan
selepas program. Jurulatih dan fasilitator kami adalah yang terbaik dan
terlatih serta mampu membantu pelanggan mencapai matlamat program mereka.
VISI SYARIKAT
Kritis Inovasi Training &
Consultancy bertekad untuk muncul sebagai sebuah syarikat perunding profesional
bagi sektor awam dan swasta dan juga pengendali latihan utama yang disegani
pada tahun 2015 dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan berperanan
dalam mewujudkan generasi yang ampuh dan mampu berdaya saing dengan pemikiran
yang kritis dan berinovasi.
MISI SYARIKAT
- Menawarkan perkhidmatan profesional dan berkualiti serta mampu memenuhi kehendak pelanggan.
- Menjadi salah sebuah syarikat perunding latihan dan motivasi berwibawa serta dikenali di semua peringkat dan bergerak aktif dalam bidang latihan dan motivasi.
- Memberikan khidmat latihan dan motivasi menerusi kelainan yang istimewa dan interaktif dengan penyampaian yang berkesan.
- Mencungkil bakat dan potensi para peserta program dalam membentuk mereka ke arah berfikir secara kritis dan berinovasi.
KONSEP PROGRAM
Kritis Inovasi Training &
Consultancy menjadikan “Kritis Akal Peribadi Berinovasi” sebagai asas utama
dalam membentuk keseimbangan diri golongan sasaran. Melihat kepada kurangnya
kesedaran ramai dalam menggunakan akal dan pemikiran secara optima bagi
menghasilkan suatu inovasi yang baru, justeru kami mengadakan program-program
latihan yang merangkumi modul-modul yang akan melatih minda dan peribadi
seseorang dalam melahirkan insan yang punya akal yang kritis dan peribadi
berinovasi.