KEM KEPIMPINAN MUDA – LEADERSHIP CAMP
(LEADCAMP)
PENGENALAN
Membina insan berkepimpinan adalah suatu tugas berat yang
harus dipikul bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan negara yang bakal
bersilih ganti. Membentuk ciri-ciri pemimpin dalam diri pelajar amatlah
dituntut kerana usaha ini adalah cukup penting bagi menyediakan pelapis
pemimpin di peringkat sekolah seterusnya bakal mengambil alih kepimpinan negara
pada masa mendatang. Justeru itu, Kem Kepimpinan Muda ini dizahirkan oleh
Perunding Motivasi Kritis Inovasi Traning & Consultancy bagi membantu meningkatkan ketrampilan diri Pemimpin Pelajar.
IMPAK
Kem Kepimpinan Muda diharapkan dapat :
- Membina daya kepimpinan dan memupuk konsep kendiri yang positif dan mempertingkat daya ketahanan mental, fizikal dan emosi pemimpin murid sekolah.
- Memperkemas ciri-ciri kepimpinan cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.
- Meningkatkan motivasi diri serta matlamat kepimpinan agar dapat karisma kepimpinan dan mempunya matlamat hidup yang jelas.
- Membentuk rasa bertanggungjawab terhadap tugas pemimpin yang diamanahkan.
- Menanam sifat tegas dan yakin dalam diri pemimpin sekolah.
- Menanam sifat berkerjasama dalam kumpulan.
- Membentuk sifat berani berdepan khalayak ramai dan berkomunikasi dengan baik.
- Membentuk disiplin diri yang ketal dan tahan uji.
PENGENALAN
Persediaan menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM perlu
dijalankan agar pelajar biasa dengan system pembelajaran secara sistematik.
Kebanyakan pelajar yang gagal semasa peperiksaan berpunca daripada tidak tahu
teknik menjawab soalan yang betul. Justeru, adalahpenting bagi pelajar
menguasai teknik menjawab peperiksaan dengan tepat dan betul sebelum menduduki
peperiksaan SPM/PMR. Kem Gempur Peperiksaan ini dizahirkan oleh Perunding
Motivasi Kritis Inovasi Traning & Consultancy bagi membantu pelajar menguasai teknik-
teknik yang betul semasa menjawab soalan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.
IMPAK
Selepas program ini dijalankan adalah diharapkan semua
murid dapat:
- Menguasai teknik menjawab peperiksaan dengan tepat.
- Menjawab soalan peperiksaan dengan skema pemarkahan yang dikehendaki oleh pemeriksa.
- Mevariasikan teknik jawab soalan.
- Membuat ulang kaji latihan secara lebih berkesan dengan menggunakan teknik-teknik yang betul.
- Memperoleh keputusan cemerlang dalam semua subjek.
- Meningkatkan kemahiran berfikir secara analitis, kritis dan kreatif.
- Menghayati sikap dan nilai intristik dalam sains seperti bersemangat ingin tahu, berfikiran terbuka, serta bertindak dengan jujur, amanah, gigih, dan objektif dalam segala usaha.
KEM TEKNIK DAN KESEDARAN BELAJAR – MISI
TAWAN SUKSES (MITASES)
PENGENALAN
Belajar adalah cara memproses maklumat yang membawa
kepada perubahan pengetahuan, tingkah laku dan juga kemahiran seseorang.
Walaupun belajar telah menjadi satu kebiasaan dan kewajipan bagi manusia pada
zaman ini, namun masih terdapat segelintir manusia yang menganggap belajar itu adalah
suatu proses yang susah. Maka secara tidak langsung wujudlah kelompok
masyarakat yang tidak gemar belajar dan seterusnya tidak belajar sehingga
mana-mana peringkat kelulusan pun. Kem
Teknik dan Kesedaran Belajar Gempur Peperiksaan ini dizahirkan oleh Perunding
Motivasi Kritis Inovasi Traning & Consultancy bagi memberi pendedahan kepada gaya
pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh
pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu.
IMPAK
Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar agar dapat :
IMPAK
Kemahiran ini amat penting bagi memastikan apa yang diajar dapat diterima dan difahami oleh pelajar agar dapat :
- Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna.
- Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat.
- Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi dengan membaca dengan cepat dan tepat.
- Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap dan memproses maklumat dengan berkesan.
- Meningkatkan daya ingatan pelajar serta mencungkil dan mengasah bakat serta potensi seseorang.
- Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai sumber media.
- Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang hayat.
- Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan sebaiknya.
KHEMAH IBADAH DAN
MOTIVASI DIRI – MENCARI YANG BENAR (FITRAH)
PENGENALAN
Kembali kepada Fitrah merupakan kembali kepada akidah yang betul dan benar
dalam Ahlis-Sunnah wal-Jamaah yang datang dari Nabi s.a.w. Khalifah juga kembali
kepada mengabdikan diri kepada Allah dalam seluruh kegiatan hidup
sebagaimana yang terkandung dalam iftitah dalam sembahyang: "Sesungguhnya
sembahyangku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan Yang
Mentadbir sekelian alam". Kembali kepada kehidupan menjaga suruhan-suruhanNya
dan menjauhi larangan-laranganNya yang semuanya berupa batasan-batasan sesuai
dengan fitrah kejadian asal dirinya. Kem Khemah Ibadah dan Motivasi Diri –
MENCARI YANG BENAR (FITRAH) ini dizahirkan oleh Perunding Motivasi Kritis
Inovasi Traning & Consultancy bagi
memberi kesedaran dengan kembali kepada sifat-sifat yang sesuai dengan fitrah
itu maka manusia mencapai keselamatan hidupnya, kejayaan sebenarnya,
kebahagiaan dan kepuasan serta makna hidupnya.
IMPAK
Dapat dilihat pengembalian kepada fitrah dalam erti kata akhlak dalam kem ini merujuk kepada kesempurnaan iaitu :
- Melatih pelajar dalam hikmah kebijaksanaan yang merujuk kepada kesempurnaan dalam ilmu dan kefahaman yang diperlukan.
- Menimbulkan disiplin terhadap diri yang membawa kepada semua perbuatan dilaksanakan mengikut ilmu dan akal dan bukan perasaan dan keinginan , bahkan keinginan dikawal dan ditarbiahkan.
- Untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.
- Membimbing mereka agar dapat memahami dan seterusnya boleh mempraktikkan beberapa ibadat sunat yang tertentu secara berjemaah mahupun bersendirian.
- Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang konsep sebenar penghayatan mereka dalam melaksanakan tuntutan agama terhadap ibu bapa, guru-guru dan seterusnya masyarakat.
KEM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA – PRS
LEADERSHIP CAMP (PEERSLEAD)
PENGENALAN
Pembimbing Rakan Sebaya merupakan badan sekolah yang penting dalam
proses membentuk rakan sebaya menjalani kehidupan dengan lebih sejahtera. Ini
secara tidak langsung membantu pihak sekolah mengurangkan masalah disiplin
dalam kalangan pelajar. Maka perkhemahan ini dirancang untuk melahirkan PRS
yang berkualiti yang mempu melaksanakan peranannya sebagai ahli PRS. Untuk melengkapkan
pengetahuan dari sumbangan murid membantu rakan, maka mereka perlu diberi
latihan supaya khidmat mereka lebih berkesan. Maka satu modul latihan telah
dibentuk oleh Perunding Motivasi Kritis Inovasi Traning & Consultancy untuk
dijadikan panduan dalam melatih pelajar sebagai Pembimbing Rakan Sebaya.
IMPAK
Melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif, berkesan dan berkemahiran dan berketerampilan antaranya :
- Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.
- Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada tuhan.
- Memupuk potensi/bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbang rasa, rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain.
- PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku dalam kalangan pelajar.
KEM KERJA BERPASUKAN – UKUWAH CAMP
(UKUWAH)
PENGENALAN
Konsep kem merupakan sebuah pasukan yang terdiri
daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling
bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan
serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta
bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Melalui
kerja berpasukan, organisasi dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber
kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengetahuan, kemahiran dan
kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding
jika dilakukan secara bersendirian. Kem Kerja Berpasukan – Ukuwah Camp
(UKUWAH) ini dizahirkan oleh Perunding Motivasi Kritis Inovasi Traning &
Consultancy bagi berusaha ke arah merealisasikan matlamat pembentukan pasukan
berprestasi tinggi yang memerlukan jalinan kerjasama yang erat dan komunikasi
berkesan antara pihak pengurusan organisasi dengan pasukan serta antara sesama
anggota pasukan.
IMPAK
Bagi memudahkan sesuatu organisasi pelajar mahupun korporat, menggunakan kemahiran mereka dalam organisasi sebenar, perkara yang mesti dikenal pasti ialah menentukan jenis-jenis kerja berpasukan yang ada dan biasa dipraktikkan melalui :
- Mengamalkan sikap yang lebih terbuka, berkreatif, berinovatif, dan berkeyakinan untuk memajukan diri.
- Mengenal pasti kaedah untuk penambahbaikan diri dan pasukan yang berterusan dan membentuk pasukan yang saling efektif dalam bertukar-tukar idea dan juga pendapat.
- Mengamalkan sikap berkerjasama dan saling bantu membantu diantara individu atau kumpulan untuk kemajuan bersama.
- Mengenali diantara satu sama lain dengan lebih dekat tanpa mengira rupa, jantina, bangsa dan juga agama.
- Memahami kepentingan kerja berpasukan dan melaksanakan misi dan visi pasukan seperti yang dirancang dalam kursus. Peserta juga akan lebih berkeyakinan dalam melaksanakan kerja berpasukan dan memupuk semangat kerja berpasukan tinggi.